Saturday, July 4, 2009

Jenis jenis anestesia

Ini adalah jenis-jenis anesthesia.
1. Anestesia am
Anestesia am / umum adalah hilangnya rasa sakit disertai hilangnya segala kesedaran dan
pergerakan akibat diberi ubat anestetik khususnya untuk pembedahan major.
.
2. Anestesia regional
i. anestesia setempat / lokal
Anestesia setempat diberi melalui suntikan menghilangkan rasa kesakitan pada tempat suntikan
sahaja tetapi perasaan tekanan dan regangan masih boleh di rasai serta pesakit masih boleh bergerak.
.
ii. anestesia spinal
Anestesia spinal /subarachnoid block adalah satu bentuk anestesia regional di mana suntikan ubat anestesia ke dalam cecair serebrospinal menghalang transmisi saraf signal motor dan signal sensori. Motor adalah pergerakan dan sensori adalah perasaan kesakitan.
.

Ini adalah penjagaan perawatan pembedahan untuk Encik Jey.
1. Penerangan
Kukuhkan penerangan tentang pembedahan bagi mendapatkan kerjasama dari beliau
2. Consent
Pastikan consent telah diambil dari Encik Jey bagi mengelak kesan medikolegal
.
3. Sokongan emosi
Dengar luahan pesakit tentang pembedahan untuk memberi nasihat bersesuaian
.
4. Rujukan anestetist
Pastikan pesakit telah diperiksakan oleh anestetist bagi memastikan pesakit cukup sihat untuk
menjalani pembedahan
.
5. Puasa
Puasakan Encik Jey bagi mengelak muntah dan aspirasi pneumonia
.
6. Cecair intravena
Pasangkan cecair intravena atas arahan doctor semasa pesakit berpuasa
.
7. Penyiasatan
Pastikan keputusan darah, filem x ray dan ECG pesakit adalah normal sebelum menjalani pembedahan
.
8. Tanda vital
Ambil tanda vital pesakit bagi memastikan pesakit cukup sihat untuk dibedah dan sebagai dasar
pembadingan untuk mengesan renjatan selepas pembedahan
.
9. Pendarahan
Perhatikan jika pendarahan berlaku dari luka pembedahan bagi mengelak renjatan
.
10. Kesedaran
Panggil nama pesakit untuk memastikan beliau sedar dan belum lagi komatos
.
11. Elak hipotermia
Selimutkan pesakit untuk mengelak hipotermia
.
12. Ubat ubatan
Beri ubat ubatan atas arahan doctor bagi mengalakkan penyembuhan luka
.
Ini adalah komplikasi-komplikasi pos surgeri
1. Respiratori
Penindasan respiratori boleh berlaku akibat dari ubat anestesia
.
2. Kardiovaskular
Jantung boleh berhenti berfungsi contoh surgeri transplantasi jantung
.
3. Residual paralysis
Suntikan analgesia epidural boleh menyebabkan pesakit merasa kebas atau lumpuh buat sementara waktu
.
4. Over sedated
Dos anestesia berlebihan menyebabkan pesakit belum sedar
.
5. Hipotermia
Persekitaran yang sejuk boleh menyebabkan hipotermia

Tuesday, April 15, 2008

Komplikasi anestesia

Komplikasi anestesia
Paralytic ileus / ileus
Definisi
Paralytic ileus ialah ketiadaan pergerakan peristalsis dalam usus.
.
Etiologi
1. Iskemia mesenterik
2. Infeksi intraperitoneal
3. Narkotik yang digunakan dalam anesthesia
4. Injuri abdomen
5. Komplikasi surgery intra-abdominal
6. Penyakit buah ginjal atau toraks
7. Kekurangan potassium
8. Penyebab mekanikal contoh hernia, tumor, adhesion
.
Patofisiologi
Ubat anesthesia mengaktifkan inhibitory spinal reflex yang menyebabkan ileus.
Semasa pembedahan, bahan seperti vasoactive intestinal peptide menghentikan neurotransmitters dalam usus.
Pembedahan menyebabkan keadaan imuniti badan lebih kuat yang juga menyebabkan ileus contoh peningkatkan monosit.
.
Tanda gejala
Kekejangan abdomen
Kesakitan dan ketenderan abdomen yang datang dan pergi
Nausea
Muntah
Tidak dapat mengerakan kandungan usus termasuk gas
Distensi abdomen
.
Penyiasatan
Abdominal x ray- menunjukkan sekatan usus
FBC
BUSE
Creatinine
Group and x match
Glukos - peningkatan
.
Komplikasi
Infeksi
Gangren usus
Perforasi usus
.
Treatment
Pemasukan tiub nasogastrik untuk mengosongkan gaster dan menghentikan muntah
.
Tromboflebitis
Definisi
Tromboflebitis berlaku akibat dari sekatan / trombus dalam salur darah dan ini menyebabkan inflamasi pada salur darah tersebut.
.
Etiologi
Bakterial
Kimia contoh nitrogen
Mekanikal contoh pemasukan kanula
Medikasi contoh antidepressant
Penyakit SLE
Genetik
.
Patofisiologi
Sebarang injuri kepada lapisan dalam salur darah mencetuskan respon inflamasi yang menyebabkan platelet melekat kepada injuri tersebut.
Jumlah platelet meningkat sehingga menyekat salur darah.
.
Manifestasi klinikal
Suam dan kesakitan pada vena
Kesakitan
Inflamasi
Kemerahan kelihatan
.
Penyiasatan
Doppler ultrasound
Venography
Ujian koagulasi
.
Komplikasi
Embolisma pulmonary
Myocardial infarction
Cerebral vascular accident
.
Rawatan
Analgesia
Anticoagulants
Thrombolytics
NSAIDS contoh Ibuprofen
Antibiotik
Kesuaman pada bahagian tersebut
Surgical stripping atau bypass vena
.
Pendidikan kesihatan
Senaman – berjalan
Minum lebih dari 3 liter sehari
.
Infeksi luka
.
Faktor-faktor berisiko
A. Pesakit:Umur pesakit
Keterukan keadaan
Penyakit yang sedia ada contoh diabetes
MalnutrisiPenyakit kulit.
.
B. Prosedur surgikal
Kontaminasi semas pembedahan
Pembedahan transplantasi atau implant
Teknik steriliti yang kurang
Kebocoran dari usus
Kegunaan diathermy yang berlebihan
Pembedahan yang menggunakan masa lama
Hemoraj dan hematoma
Drain
.
C. Penyediaan
Antibiotik yang tidak mencukupi
Kurang kesempurnaan dalam penjagaan kulit
.
D. Dewan pembedahan
Staf pembedahan yang mempunyai jangkitan
Tidak ada universal precaution atau standard procedure yang baik
.
Intervensi perawatan
.
Masalah: Infeksi luka
Intervensi:
1. Jauhkan pesakit dari punca jangkitan agar luka dapat sembuh cepat
2. Beri makanan tinggi dalam vitamin C untuk membina imuniti badan
3. Galakkan pesakit minum lebih dari 3 liter sehari untuk mengkumuhkan toksin bacteria
4. Lakukan senaman pasif untuk mengalakkan peredaran sel darah putih untuk memusnahkan mikroorganisma
5. Nasihat pesakit jangan menganggu luka yang boleh menyebabkan infeksi
6. Pastikan pesakit menjaga kebersihan diri untuk mengekalkan imuniti badan
7. Berikan antibiotic seperti yang diarahkan oleh doctor contoh iv Cefobid 1 gm bd untuk memusnahkan mikroorganisma
8. Lakukan dressing secara teknik aseptic untuk mengalakkan penyembuhan luka
9. Lapur kepada doctor jika luka masih tidak sembuh selepas rawatan supaya doctor mungkin akan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan nanah atau tisu yang berjangkit