Saturday, July 4, 2009

Jenis jenis anestesia

Ini adalah jenis-jenis anesthesia.
1. Anestesia am
Anestesia am / umum adalah hilangnya rasa sakit disertai hilangnya segala kesedaran dan
pergerakan akibat diberi ubat anestetik khususnya untuk pembedahan major.
.
2. Anestesia regional
i. anestesia setempat / lokal
Anestesia setempat diberi melalui suntikan menghilangkan rasa kesakitan pada tempat suntikan
sahaja tetapi perasaan tekanan dan regangan masih boleh di rasai serta pesakit masih boleh bergerak.
.
ii. anestesia spinal
Anestesia spinal /subarachnoid block adalah satu bentuk anestesia regional di mana suntikan ubat anestesia ke dalam cecair serebrospinal menghalang transmisi saraf signal motor dan signal sensori. Motor adalah pergerakan dan sensori adalah perasaan kesakitan.
.

Ini adalah penjagaan perawatan pembedahan untuk Encik Jey.
1. Penerangan
Kukuhkan penerangan tentang pembedahan bagi mendapatkan kerjasama dari beliau
2. Consent
Pastikan consent telah diambil dari Encik Jey bagi mengelak kesan medikolegal
.
3. Sokongan emosi
Dengar luahan pesakit tentang pembedahan untuk memberi nasihat bersesuaian
.
4. Rujukan anestetist
Pastikan pesakit telah diperiksakan oleh anestetist bagi memastikan pesakit cukup sihat untuk
menjalani pembedahan
.
5. Puasa
Puasakan Encik Jey bagi mengelak muntah dan aspirasi pneumonia
.
6. Cecair intravena
Pasangkan cecair intravena atas arahan doctor semasa pesakit berpuasa
.
7. Penyiasatan
Pastikan keputusan darah, filem x ray dan ECG pesakit adalah normal sebelum menjalani pembedahan
.
8. Tanda vital
Ambil tanda vital pesakit bagi memastikan pesakit cukup sihat untuk dibedah dan sebagai dasar
pembadingan untuk mengesan renjatan selepas pembedahan
.
9. Pendarahan
Perhatikan jika pendarahan berlaku dari luka pembedahan bagi mengelak renjatan
.
10. Kesedaran
Panggil nama pesakit untuk memastikan beliau sedar dan belum lagi komatos
.
11. Elak hipotermia
Selimutkan pesakit untuk mengelak hipotermia
.
12. Ubat ubatan
Beri ubat ubatan atas arahan doctor bagi mengalakkan penyembuhan luka
.
Ini adalah komplikasi-komplikasi pos surgeri
1. Respiratori
Penindasan respiratori boleh berlaku akibat dari ubat anestesia
.
2. Kardiovaskular
Jantung boleh berhenti berfungsi contoh surgeri transplantasi jantung
.
3. Residual paralysis
Suntikan analgesia epidural boleh menyebabkan pesakit merasa kebas atau lumpuh buat sementara waktu
.
4. Over sedated
Dos anestesia berlebihan menyebabkan pesakit belum sedar
.
5. Hipotermia
Persekitaran yang sejuk boleh menyebabkan hipotermia